Walau Satu Ayat

Assalamualaikum wbt.

Semoga Allah permudahkan langkah pertama saya dalam menulis blog, semoga diberi ilham untuk menulis kata pemula bicara,  pinta agar saya punya kekuatan untuk melafaz tutur buat semua, pinta semoga ada jiwa ikhlas yang bisa menulis untuk berkongsi rasa dan cara.

Apa jua ilmu yang saya ada, segala macam ilmu yang saya belajar, segala bentuk cerita yang saya dengar, Insyaallah, mana ilmu yang bermanfaat ini, apa fakta yang berguna ini, biar isinya sedikit atau sehalus kuman sekalipun, saya tetap mahu berkongsi sejuta rasa seribu bicara.

Apa kalian pernah mendengar satu hadis Rasulullah saw. menyebut, "Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat". Bunyinya agak mudah, tetapi mahu melaksananya dengan sempurna, belum tentu tangan yang kecil itu mampu melaksana. Insyaallah, dengan rasa ikhlas ini, akan saya cuba berkongsi ilmu-ilmu, fakta-fakta, cerita-cerita dan walau skrip apa pun, tetap akan saya tulis selagi mana ianya bermanfaat.

Dengan menyimpan azam ini, yakni "sampaikanlah" "sampaikanlah" "sampaikanlah", jari ini punya tenaga, dan punya izin daripadaNya, akan saya terus berusaha. Doakan agar saya berjaya, anda berjaya, dan kita semua mendapat redha dan barakah daripadaNya, amin.


Terimalah salam pembuka bicara.

2 ulasan:

✿INA AINAA✿ berkata...

sblm nk sampaikan kate2, terlebih dahulu kenalah hantar ke akal....semoga kata2 kita itu dpt dimanfaatkan oleh org lain...

Anyway, selamat tahun baru n May Allah bless u always ...

hyemynameisrasyid berkata...

sampaikan perkara yg beenar.,itu yg dituntut., ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...