Insan Bergelar Wanita

Assalamualaikum wbt.

Kedudukan seorang wanita amat tinggi di dalam Islam, mereka punya darjah kehormatan diri yang tersendiri dan diberi kedudukan yang mulia. Tapi sayang, kadangkala wanita itu sendiri yang meruntuhkan nilai-nilai murni dan taraf suci yang ada pada seseorang wanita. Wanita itu tidak dirosakkkan oleh lelaki, tetapi mencari risiko sendiri untuk dirosakkan oleh lelaki, sayang seribu kali sayang.

Rasulullah bersabda, "aku tidak tinggal selepasku fitnah yang lebih bahaya kepada lelaki selain wanita". Dari itu jelas menunjukkan ternyata bahawa wanita itulah merupakan ujian Allah yang paling bahaya buat lelaki dalam kehidupan. Tak pula kaum lelaki boleh mengambil kesempatan terhadap wanita kerana kelemahan dan pesona yang ada pada wanita.
 
Jika wanita berjaya melaksanakan tugas sebagai seorang khalifah wanita yang sempurna pada pandanganNya, yakni mematuhi dengan penuh taqwa perintah menjadi wanita solehah, nescaya segala fitnah, segala niat jahat ke atas diri wanita, pasti akan terhapus. Insyaallah.


Wanita-wanita solehah, sesungguhnya seorang wanita solehah itu adalah lebih baik daripada seribu orang lelaki-lelaki soleh. Doa seorang wanita juga lebih makbul daripada doa seorang lelaki, mengapa?, kerana wanita punya sikap penyayang yang kuat, dan doa orang yang penyayang itu pasti tidak akan sia-sia.

Golongan wanitalah yang paling ramai menghuni syurga dan golongan wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Dimanakah kamu mahu meletakkan dirimu wahai wanita?. Rasulullah saw. pernah bersabda, "seorang wanita  apabila dia mendirikan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri serta taat kepada suaminya, masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki", subhanallah, hebatnya menjadi seorang wanita.

Banyak kelebihan dikurniakan buat insan yang bergelar wanita dan banyak juga fitnah yang datangnya dari wanita. Jadi, buat sahabat-sahabatku yang bergelar wanita, letakkanlah dirimu pada tempat yang mulia dan jauhkanlah dirimu dari tergolong kepada golongan-golongan wanita yang meletakkan atau menghambakan diri mereka pada lembah yang hina. Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...