Assalamualaikum wbt.
Ada pun seseorang itu bertanya, "Ya insan, apakah Allah mendengar doaku ini, setiap malam, setiap masa, setiap ketika aku tak pernah lupa untuk berdoa kepadaNya, akan tetapi, nasibku masih begini, aku masih lagi dalam kesempitan dan masih ada kesulitan".
Wahai si polan saudaraku, itu tanda Allah swt. merinduimu, nun di sana Allah rindu untuk mendengar suaramu berdoa kepadaNya, Allah swt. tercari-cari mana dia hambaNya yang tak pernah putus dan berasa jemu untuk terus berdoa dan meminta daripadaNya. Mana lagi tempat mahu mengadu nasib susah atau senang, berdoalah kepada Allah swt. kerana Dia sentiasa mendengar.
Allah sentiasa ternanti-nanti doa dari setiap hambaNya, tetapi kita yang kadangkala mudah berasa jemu untuk terus berdoa. Insyaallah, suatu hari, dikala Dia tahu itu yang terbaik bagi kita, Allah swt. akan memakbulkan doa-doa kita. Biarlah kita terus ikhlas berdoa, janganlah terlalu berharap agar doa-doa kita termakbul dengan segera, kerana siapalah kita, hanya insan kerdil khalifah pembawa taqwa.
Jangan kita terus mempersoalkan janji-janji Allah swt., jangan kita bersangka buruk terhadap Allah swt., tanpa kita mahu berfikir bahawa Allah swt. telah merancang sesuatu yang kita tidak ketahui. Nun di luh mahfuz, sudah tersusun dan diatur cantik perjalanan hidup hamba-hambaNyA. Pasti sahaja kita merancang dan Allah swt. juga merancang, namun perancangan Allah itu lebih baik dan bijaksana.
Bertahajudlah padaNya, bercakaplah dengan, berdoalah denganNya, kita akan berasa dekat denganNya, Dia adalah peneman kita. Insyaallah, minta padaNya, nescaya Dia akan perkenankan. Jangan kita yang angkuh dan bersikap sombong untuk mengingatiNya, kerana kita akan menjadi hambaNya yang rugi. Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan